Saturday, May 23, 2009

Meneroka Isma Yusoof


Isma Yusoof mula berlakon untuk Radius One melalui telemovie Sutun 2. Dia memegang watak Fitri, lelaki lembut yang berasal dari Kelantan. Disebabkan watak tersebut sangat mencabar, tabu dan memikat hati penonton, watak Fitri hampir membayangi watak utama Adek. Ini bermakna dia berjaya membawakan watak tersebut dengan berkesan. Dari situ Isma Yusoof mula dikenali ramai terutamanya apabila Radius One sekali lagi menampilkan Isma Yusoof memegang watak Mac, seorang mekap artis di bawah satu syarikat penyiaran terkemuka milik Emil dalam Emil Emilda. Emil Emilda merupakan satu lagi drama yang menaikkan nama Radius One apabila drama ringan ini dengan mudah mendapat tempat di hati penonton. Kemudian, Isma Yusoof tampil lagi dalam telemovie raya, Abang, Mak Panggil Balik. Seterusnya, Isma tampil pula dalam Kerana Cintaku Saerah, Sindarela, dan Rona Roni Makaroni. Ketiga-tiga drama bersiri ini betul-betul menaikkan nama Isma Yusoof di persada seni diatas keberkesanan lakonannya. Isma juga kembali sebagai Fitri melalui Sutun versi drama bersiri, Sutun Kembali Lagi. Yang terbaru beliau diberi tugas untuk mengarahkan drama bersiri Merah Puteh yang baru tamat siarannya di TV9 dan TV3. Drama ini mendapat perhatian ramai peminat lakonan beliau terutama peminat siri-siri drama terbitan Radius One. Ikuti temubual WajahWajah (WW) bersama Isma Yusoof untuk lebih mendalami isi hati beliau di sebalik tabir dalam ruangan terbaru “Tolong Jawab”...

Sesi paksa jawab di sebuah kedai makan :)

Sesi paksa jawab di sebuah kedai makan :)

WW: Di mana kau lahir
IY: Isma dilahirkan di sebuah rumah Gombak Kl pada jam 12.15 tgh hari, oleh pasangan suami isteri Hamidah dan Yusoof. Iaitu Mak dan Bapak Isma.

WW: Sebelum ni kau graphic designer kan? Kat mana kau belajar dan masih teruskan tak bidang tu?
IY: Dulu yes Isma merupakan seorang graphic designer tapi dalam entertainment lines lah macam Film poster, Theatre stuff, album cover for local singer and photography also. Well, nak ckp belajar basically explore sendiri lah sebab dulu kat MMU isma took Film Animation not graphic designer or advertising. Tapi sebab Isma minat, isma suka explore dan belajar sendiri. Sekarang nih Isma dah tak buat design tapi kadang2 tuh adalah, bila free sikit dari komitmen berlakon atau mengarah.

WW: Kalau kau bukan jadi pelakon dan pengarah, apa kau akan jadi?
IY: Isma tetap seorang pelakon dan pengarah. Berlakon depan kawan dan mengarah kawan2 datang rumah utk lepak2. hehehhe


WW: Bila mula berlakon dan macamana boleh terlibat dalam bidang arahan pulak?
IY: Isma mula berlakon Tv sejak 3 tahun yang lepas melalui telemovie SUTUN 2 arahan Shahrulezad Mohameddin. Berlakon theatre pulak sejak dari MRSM Kuantan. Selalu juga menyertai festival theatre. Masa tuh di panggil Pekan Teater. Well ikutkan dari kecil Isma dah start berlakon infront of my childhood friends. Mak isma ckp lah. Manakala titik permulaan Isma mengarah pula adalah di sebab keadaan apabila my director Ezad mintak tolong Isma direct few scenes Sindarela kerana dia sibuk menyiapkan skrip akhir drama tersebut. Kemudian offer utk mengarah Merah Puteh pula datang. Isma terima peluang yang ada dan rezeki yang Allah curahkan.

WW: Filem yang paling kau suka? Kenapa?
IY: A hindi film entitled Hum Dil De Chuke Sanam ( Straight from the heart). Kerana itu merupakan cerita paling banyak kali saya tgk. Lebih 60 kali. So saya consider filem itu lah yang paling suka. Well it’s truly a good film! A good introduction to Bollywood especially for beginners


WW: Benda yang paling memberi tenaga ketika di lokasi?
IY: Makanan! Of course! Hehehhehe dan juga gelak tawa dan kemesraan semua orang di lokasi. Saya rindukan saat2 itu di lokasi. Cewahhh.

WW: Kau suka bola? Siapa player yang kau suka?
IY: TAK SUKA. I know David Beckham. Itu pun kerana dia suami kepada Victoria Adam.

WW: Saat yang paling manis?
IY: Bersama keluarga tercinta, kawan setia dan tuhan yang tersayang J

WW: Dunia memerlukan lebih….
IY: Pokok, Udara Bersih, dll utk stop the Global Warming

WW: Kedai mamak or kedai siam?
IY: tricky question! I choose both depends on apa yang Isma nak makan that day. hehehe

WW: Makanan kegemaran?
IY: MAKANAN! I makan semua!

WW: Bila kau jalan-jalan, apa public selalu buat bila nampak kau or terjumpa kau tengah berlakon?
IY: BUTANGGGGGGGGG!!!!! Derang jerit!

WW: Apa yang kau buat masa pegi bercuti? Ke mana tempat feveret kau?
IY: belajar tentang budaya tempat yang Isma pergi bercuti tuh dan have fun to the fullest lah! And SHOPPING!!!! I love jakarta! Feels more like home! Hehehehe..

WW: Apa projek terbaru?
IY: isma sekarang sedang dalam proses pre pro utk drama lestary tv3 bertajuk TARI TIRANA yang isma akan direct bersama Shahrulezad.
filem SETEM isma akan berada di panggung pada 30 Julai. Jangan tak tengok ya!
Isma akan buat satu cameo scene utk project drama Nizam Zakaria.
itu jer so far

posing bersama pelakon SETEM

salah satu aksi dalam SETEM

di sebalik tabir SETEM

di sebalik tabir SETEM

Beberapa aksi dalam filem SETEM karya Khabir Bhatia

Untuk lebih info tentang Isma Yusof, layari www.myspace.com/ismayusoof

*interview with www.wajahwajah.com

4 comments:

  1. mesti best kan drama Tari tirana tu..so far drama arahan ezad dan yg terbaru arahan isma mmg tak mengecewakan...
    suka sgt, sbb cerita2 nye wpun serius tp masih ada elemen kelakar. jadi tak bosan..dan yg penting bukan lawak bodo..
    teruskan usaha, caiyok!!

    ReplyDelete
  2. oh ye, drama tajuk kasih cinta manja (igt2 lupa tajuknye)...mmg best sgt, jln ceritanye unik..tlg bgtau ezad ye isma.tq

    ReplyDelete
  3. ok ok isma kasik tahu nanti. hehehe. isma tak direct tari tirana now. sebab ezad akan direct sorang2. isma akan dircet tele raya :P

    ReplyDelete